Anti Penipuan & Anti Godam
Panduan Bahasa Melayu
Di sini kami membentangkan satu panduan anti penipuan dan anti hack, jika anda mengikuti semua panduan ini akaun anda dan barangan anda akan lebih selamat! Sila baca panduan ini dengan teliti, jika barang-barang anda telah hilang oleh kerana kes penipuan atau digodam kami mungkin tidak akan dapat mengembalikan barang-barang yang telah hilang . Tetapi kami akan sentiasa cuba untuk menolong dan membantu anda dengan sebaik yang mungkin, tetapi jika anda mengikuti panduan yang kami berikan dengan betul anda tidak mungkin akan ditipu atau digodam oleh mana-mana pihak tertentu.
Kami ingin memulakan dengan beberapa panduan untuk menjaga butiran log masuk anda dengan selamat.
Gunakan kombinasi akaun dan kata laluan yang unik dan tidak pernah anda gunakan sebelum ini.
Selalu menukar kata laluan anda dengan kerap.
Jangan sesekali berkongsi maklumat akaun dan kata laluan anda dengan sesiapa. (GM's tidak akan sesekali meminta maklumat akaun atau kata laluan anda.)
Gunakan kata laluan yang susah untuk peti simpanan(vault) anda. (Jangan menggunakan kata laluan seperti 1234 atau 0000).
Jangan memuat turun mana-mana program RYL yang tidak dikeluarkan atau berkaitan dengan kami.
Jangan sesekali terima fail daripada rakan-rakan pemain yang lain (Berkemungkinan fail tersebut ada virus keylogger.)
Jangan sesekali mengisi butiran akaun anda di mana mana tempat yang lain. (Hanya gunakan ia untuk log masuk ke dalam RYL2 Northpole atau di laman sesawang www.ryl2northpole.com)
Jika anda kurang atau tidak pasti mengenai sesuatu situasi tersebut atau anda mempunyai sebarang persoalan tentang bagaimana untuk mengelakkan butiran log masuk anda, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada salah seorang ahli pasukan kami. Sila ambil perhatian bahawa butiran akaun anda hanya boleh diperolehi semula melalui e-mel yang didaftar.
Kedua kami ingin meminta anda untuk mengikuti panduan perdagangan/pertukaran, jika anda mengikutinya anda tidak mungkin akan ditipu.
Ketika anda membuat pertukaran, anda harus menggunakan sistem pertukaran yang biasa digunakan di dalam permainan.
Hanya membuat pertukaran di mana semua barangan anda boleh dimuatkan dalam 1 perdagangan.
Jangan sesekali membuat pertukaran dengan janji palsu akan mendapat barang barang yang lain kemudian.
Sentiasa memeriksa barang-barang selepas tanda kekunci bertukar merah jambu. (Pastikan barang barang tersebut tidak ditukar.)
Jangan membuat sebarang pertukaran atau membeli akaun, ianya tidak dibenarkan.
Minta bantuan GM apabila jumlah barangan melebihi 1 ruang pertukaran yang diberikan.
Kami menasihatkan anda supaya tidak membeli apa-apa barangan daripada pemain yang lain.
Membeli barangan dengan wang adalah dibenarkan tetapi risiko tersebut anda tanggung sendiri la.
Setiap kali anda mendapati diri anda dalam situasi yang tidak menyenangkan atau mempunyai sebarang keraguan tentang sifat pemain yang lain, jangan sesekali membuat sebarang pertukaran dan sila bercakap dengan salah seorang ahli pasukan kami. Di dalam RYL 2 Northpole kedua-dua belah pihak Kartefant dan Merkhedia boleh membuat pertukaran dengan satu sama lain di Almigthy Land maka tiada sebab untuk anda menggunakan kaedah pertukaran yang lain.

Perlindungan Akaun







Jika anda kurang atau tidak pasti mengenai sesuatu situasi tersebut atau anda mempunyai sebarang persoalan tentang bagaimana untuk mengelakkan butiran log masuk anda, jangan teragak-agak untuk bertanya kepada salah seorang ahli pasukan kami. Sila ambil perhatian bahawa butiran akaun anda hanya boleh diperolehi semula melalui e-mel yang didaftar.

Nasihat untuk Pertukaran








Setiap kali anda mendapati diri anda dalam situasi yang tidak menyenangkan atau mempunyai sebarang keraguan tentang sifat pemain yang lain, jangan sesekali membuat sebarang pertukaran dan sila bercakap dengan salah seorang ahli pasukan kami. Di dalam RYL 2 Northpole kedua-dua belah pihak Kartefant dan Merkhedia boleh membuat pertukaran dengan satu sama lain di Almigthy Land maka tiada sebab untuk anda menggunakan kaedah pertukaran yang lain.

Terakhir: RYL 2 Northpole tidak akan bertanggungjawab ke atas barangan atau akaun anda yang hilang kerana penggodaman atau penipuan kerana anda tidak mengikuti panduan kami di atas. Sila ambil perhatian, bahawa akaun anda hanya boleh diperolehi semula melalui e-mel yang didaftar.